Warna-warna Iman

Sunday, October 08, 2006

Kami Anak-anak Muslim


A'salam wr kth

Kelab Kami Anak-anak Muslim atau singkatannya 'Ka2m' adalah sebuah kelab yang ditubuhkan oleh sekumpulan anak-anak muslim yang cintakan keharmonian dan kedamaian hidup, simfoninya mudah, tenang dan damai.


Aktiviti Ka2m adalah berasaskan perkhemahan remaja, tujuan asalnya ialah untuk memanfaatkan cuti-cuti sekolah, ahli-ahli Ka2m adalah dari kalangan para pelajar sekolah yang berumur sekitar 9 - 18 tahun, lelaki dan perempuan.

Kami amat berbangga tahun ini telah masuk tahun ke-4 penubuhan, ehmm apa yang dibanggakan lagi ialah ada dikalangan ahli masih lagi berhubung samada secara lansung atau secara maya (online), syabas kalian.

Abang zarul dan para ajk ingin mengadakan satu perjumpaan hari raya, ini bertujuan untuk menjalinkan rasa ukhwah dan berkenalan dengan para keluarga adik-adik sekalian.

Salam Ukhwah ...